Thursday, January 27, 2011

Macam-macam terjadi....

semakin tahun meningkat,semakin banyak perkara yang berlaku.Bila lihat di berita,radio dan surat khabar banyak kes2 yang berlaku.Semalam kes keluarga bunuh bayi sendiri,jual anak dan bermacam2 lagi.Bila difikirkan kenapa manusia sanggup membuat perkara seperti ini..Adakah atas desakan hidup, balas dendam atau penderitaan.Memang tidak dinafikan manusia mempunyai ragam dan sifat yang berbeza,adakalanya sifat manusia diibarat seperti "HAIWAN" yang tidak mengenal akan dirinya sendiri.Pernah juga hati ini terfikir sejenak,alangkah baiknya sekiranya hati ini menpunyai kuasa untuk menyedar semua orang.tapi agak mustahil kita mencapai semua itu.Kita bukannya Tuhan yang mengetahui segala-galanya.Kita hanya menumpang sementara di dunia ini........

No comments:

Post a Comment