Monday, October 24, 2011

tidak tahu bila saya mula percaya dengan hal ini.tapi yang menariknya petua orang dulu masih lagi digunakan dan masih dipercayai..sebagai contohnya bila seorang anak gadis menyanyi di dapur dikatakan akan mendapat jodoh lelaki tua,..bila difikirkan secara logiknya tu semua hanyalah nasihat or teguran agar kita tidak membuat silap di hari kelak...emmm bila ingat pasal mata bergerak2 baru aku teringat satu artikel mengenai tanda kelopak mata bergerak: Benarkah manusia boleh menjadi buta hanya kerana asyik menangis? Bidang saintifik moden merumuskan bahawa kesedihan yang mendalam dan mempengaruhi jiwa dapat memberi tekanan pada mata. Lantas, mata akan mengalami kelemahan pandangan sedikit demi sedikit sehingga ada yang membawa kepada kehilangan pandangan sama sekali. Kajian ilmiah ini mendapati bahawa keadaan jiwa seseorang boleh memberi kesan kepada mata. Memandangkan mata merupakan antara anggota tubuh yang penting, orang Melayu mempunyai banyak firasat tentang pergerakkan pada keliling mata serta penglihatan mata yang berkunang-kunang. Orang dulu-dulu memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat atau petanda. Tetapi sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui keberkesanannya. Hanya yang pasti orang-orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalaman mereka.

No comments:

Post a Comment